Pengalaman Pelanggan Kami

Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan penyembuhan anda. Baca apa yang pelanggan kami katakan tentang perkhidmatan kami.

Morni Bt Abdullah

Saya Morni Bt Abdullah tinggal di Kedah berusia 35 tahun, telah mengalami masalah penyakit misteri lebih kurang 18 tahun.Masalah yang saya hadapi ialah tidak boleh makan, tidak boleh tidur serta tidak boleh tinggal dalam rumah.Badan saya menjadi kurus kering tidak bermaya.Keluarga saya telah puas berusaha untuk merawat saya.Pernah saya dibawa ke salah sebuah Hospital Pakar di utara kerana saya mengamuk tanpa boleh saya kawal,tapi pehak hospital memberi jawapan saya tiada sebarang penyakit.Selain mendapatkan rawatan moden saya juga pergi mendapat rawatan tradisional,namun masalah saya masih tidak dapat diselesaikan.Sehinggalah saya dibawa oleh suami saya berjumpa dengan Ustaz Hj Hanafi untuk mendapatkan rawatan.Alhamdulillah setelah saya menjalani rawatan dalam tempoh yang tertentu (singkat ),maka kini saya telah pulih sepenuhnya.Saya boleh makan dan minum seperti orang lain,boleh tidur serta badan saya kembali sehat dan berisi.

Hj Zainal Abidin

Saya Hj Zainal Abidin dari Kg. Sg layang-layang,Parit,Perak telah menghadapi masalah tidur selalu terganggu dengan mimpi-mimpi yang menakutkan serta keesokan harinya badan saya menjadi letih tidak bermaya,pernah rasa macam lumpuh 3 tahun dan lain-lain kesakitan yang menyakitkan silih berganti.Begitu juga dengan isteri saya mengalami masalah yang sama seperti saya.Kami suami-isteri telah mengalami masalah ini selama 25 tahun.

Sepanjang 25 tahun itu tak putus-putus kami berusaha berubat kesana kemari dari rawatan moden hinggalah secara tradisional, namun penyakit kami tidak pernah selesai.Pada suatu hari saya terbaca satu iklan rawatan tradisional secara islam yang dijalankan oleh Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid dalam sebuah majalah,lalu saya tidak membuang masa lagi terus menemuinya di Alor Setar,Kedah untuk mendapatkan rawatan darinya.

Selain Ustaz Hj Hanafi merawat diri kami berdua beliau juga memulihkan rumah kami. Kini Alhamdulillah,setelah kami menjalani rawatan darinya kami dah sembuh dan kami dapat merasai kehidupan biasa dengan selesa sekali yang sebelum ini kami tak dapat rasainya.Saya ucapkan jutaan terimakasih kepada Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid yang dengan berkat usahanya saya dan isteri telah pulih sepenuhnya.

Syed Ahmad Bin Syed Kamaruzzaman

Saya yang bernama Syed Ahmad Bin Syed Kamaruzzaman telah mengalami satu penyakit yang tidak pernah saya terfikir selama ini. Iaitu saya merasakan badan saya terlalu berat seperti sedang memikul barang yang berpuluh-puluh kilogram beratnya.Akibat dari itu saya tidak lalu makan menjadikan badan saya susut teruk, saya tidak dapat bergerak lincah kerana badan terasa terlalu berat,sampaikan saya menangis bila saya nak bangun solat subuh.Penyakit saya ini telah telah berlarutan hampir 2 tahun.Kerana tak mampu untuk bergerak cergas menyebabkan kerjaya saya sebagai Jurutera Komputer di sebuah Syarikat terkemuka terganggu sehinggakan saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Saya telah berusaha merawat sakit saya ini melalui rawatan moden,namun penyakit saya tidak berkurang.Hinggakan pehak rawatan moden ini menyatakan saya sakit jiwa,namun saya tetap menafikannya,kerana saya sedar yang saya tidak sakit jiwa,apa yang saya rasai adalah benar-benar wujud.Alhmdulillah ! dengan izin ALLAH s.w.t saya diketemukan dengan Ustaz Hj Hanafi.Pada permulaanya beliau membuat pengesanan punca penyakit saya dan beliau menyatakan saya terkena perbuatan sihir sesaorang,pada peringkat awalnya saya hampir tidak percaya kerana saya tidak bermusuh dengan sesiapa.Namun Ustaz tetap menyatakan yang saya muktamad terkena sihir supaya saya tidak dapat meneruskan kerja lalu dibuang kerja.Dengan penuh harapan kepada ALLAH saya pun terus memulakan rawatan dengan ustaz.

Sewaktu saya memulakan rawatan itu saya dah pun bercuti tanpa gaji hampir 6 bulan.Alhamdulilah dengan berkat usaha Ustaz saya dapat dipulihkan dan kini telah sehat serta dah pun memulakan kerja saya semula.Pada orang yang mengkhianati saya itu saya harap dia bertaubat dan kembali kepangkal jalan.Akhir sekali saya ucapkan ribuan terimakasih kepada Ustaz Hj Hanafi kerana berusaha untuk mengubati saya.Syurkur Alhamdulillah.

Syarifah Saudah Binti Syed Abdullah

Saya bernama Syarifah Saudah Binti Syed Abdullah tinggal di utara semenanjung.Saya mengalami masalah penyakit tidak boleh tidur,tidak lalu makan hingga badan saya susut teruk, seluruh badan terasa bisa-bisa,waktu siang malam kaki terasa sejuk,tidak boleh pijak lantai simen tanpa alas kaki,badan terasa letih tidak bermaya,gelisah duduk dalam rumah,tidak mampu melayan suami dan sentiasa runsing.

Semua masalah itu sangat mengganggu saya hingga kerjaya saya terjejas.Sering saya minta cuti sakit,pehak doktor menyatakan bahawa saya berpenyakit misteri.Saya telah berusaha pergi berubat merata tempat baik secara moden maupun tradisional,namun Sakit saya masih berlarutan hingga menjangkau 15 tahun.

Dipendekkan cerita akhirnya saya terjumpa tentang kesah Ustaz Hj Hanafi ini membuat rawatan di dalam sebuah majalah tempatan,dengan itu saya terus menemui beliau untuk mendapatkan rawatan darinya.Ketika menjalani rawatan darinya beliau menyatakan yang saya terkena perbuatan sihir.Alhamdulillah setelah beberapa lama saya menjalani rawatan dengan beliau kini saya telah sembuh sepenuhnya.

Mohd Zaid Bin Abdullah

Saya Mohd Zaid Bin Abdullah berasal dari Ampangan Seremban,Negeri Sembilan.Saya telah mengalami kemerosotan dalam bisnes saya yang amat teruk.Saya menjalankan perniagaan kontraktor kecil-kecilan dalam pembinaan juga dalam service membaiki rumah.Pada peringkat awalnya perniagaan saya berjalan dengan baik,namun lama-kelamaan perniagaan saya makin merosot hinggakan sehingga tiga empat bulan tiada kerja.Dalam tempoh tiga empat bulan tu sekali sekala sahaja dapat kerja.Isteri saya pula buat jualan kecil-kecilan di rumah,itu pun tak menjadi.Bukan itu sahaja bahkan badan saya jadi letih lesu,malas dan fikiran buntu,hubungan dengan isteri pun renggang tidak sebaik dulu.

Pada suatu hari saya terbaca kesah rawatan Ustaz Hj Hanafi ini dalam sebuah majalah Tempatan,kalau tak silap saya majalah Popular Misteri.Ekoran dari itu saya menemui Ustaz Hj Hanafi di Pusat Rawatannya di Alor Setar,Kedah dan saya ceritakan masalah yang saya alami.Setelah Ustaz Hj Hanafi membuat pengesanan punca masalah saya dia mengatakan bahawa saya terkena perbuatan sihir.

Tanpa membuang masa lagi saya terus bersetuju menjalani rawatan dengannya.Dia juga datang ke rumah saya untuk memulih dan memagar rumah saya.Alhamdulillah selepas rawatan itu selesai bisnes saya bertambah baik dan kini saya tidak henti-henti dapat kerja.Hubungan saya dengan isteri saya kembali pulih bahkan seperti macam malam pengantin pula rasanya.Saya ucapkan jutaan terimakasih atas usaha ikhtiar

Pn. Zanariah

Saya Pn. Zanariah dari Perlis berusia 29 tahun. Saya sudah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun 4 bulan dan masih belum memperoleh cahaya mata. Saya seorang yang ceria, penyabar, dan mudah memberikan senyuman pada semua orang. Tetapi semua itu berubah selepas saya berkahwin. Sepanjang 3 tahun perkahwinan, banyak perubahan negatif berlaku ke atas diri saya. saya kerap jatuh sakit. Di antara kesakitan dan perkara yang sering saya alami adalah:

  1. Demam dan Batuk dalam tempoh yang lama
  2. Bisa dan lemah-lemah badan
  3. Perut buncit seperti orang mengandung 5 bulan
  4. Sakit sendi-sendi
  5. Kepala rasa berat
  6. Sukar untuk tidur pada waktu malam
  7. Murung dan sering termenung
  8. Fikiran melayang
  9. Lebih suka bersendirian
  10. Cepat marah dan perasaan yang sangat sensitif
  11. Malas untuk memasak, kemas rumah dan malas melayan suami
  12. Malas untuk ke pejabat
Saya telah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, tetapi doktor kata saya tidak sakit. Suhu badan, tekanan darah, sampel darah yang diambil semuanya normal, kata doktor. Sudah banyak ubat batuk dan ubat demam yang saya ambil, tetapi demam dan batuk tidak surut. Malah, kadang-kadang batuk yang saya alami makin menjadi-jadi. Sikap saya semakin lama semakin berubah membuatkan suami, keluarga dan rakan-rakan bengang dengan saya. Pada tahun kedua perkahwinan saya ada mendapatkan rawatan secara tradisional di Perlis. Orang yang merawat saya berkata, ada seseorang yang tidak berpuas hati dengan saya dan saya telah di sihir. Tiga bulan selepas rawatan tersebut hidup saya kembali huru-hara sehingga lah pada Mei 2011 saya ditakdirkan Allah Swt menemui pusat rawatan islam Ustaz Hj. Hanafi melalui internet. Ustaz Hj. Hanafi memberitahu bahawa saya telah di sihir. Ustaz tidak memberitahu si Pelaku tersebut tetapi menasihatkan saya membuat solat istikharah.

Saya telah mengambil keputusan bercuti tanpa gaji dan memulakan rawatan pada Jun 2011 dengan bilangan rawatan sebanyak 21 kali. Alhamdullilah, hari pertama mendapat rawatan sudah menampakkan perubahan positif pada diri saya, dengan izin Allah kaki rasa ringan untuk melangkah, saya kembali tersenyum, batuk saya sangat ringan. Setelah mendapat rawatan 21 kali, saya kembali ceria dan rasa sihat sepenuhnya. Suami dan keluarga pun mengakui perubahan positif yang berlaku pada diri saya dalam tempoh 21 kali rawatan.

Saya sangat bersyukur kepada Allah Swt kerana menjumpai pusat rawatan islam Ustaz Hj. Hanafi. Selain daripada menerima rawatan 21 kali, banyak ilmu agama, nasihat dan teguran yang telah saya peroleh daripada Ustaz Hj. Hanafi dan saya dapat merasakan diri saya sangat dekat dengan Allah Swt. Terima kasih kepada Ustaz Hj Hanafi di atas usaha beliau merawat saya.

Zakiah Bt Ramli

Saya Zakiah Bt Ramli yang berumur 58 tahun dan tinggal di Alor Star,Kedah. Masalah saya ialah kedua-dua lutut saya sakit hinggakan saya tidak boleh berjalan atau berdiri lama sikit.Jadinya di dalam rumah saya berkesot atau merangkkak untuk membuat kerja-kerja rumah,saya telah mengalami sakit lutut ini selama 5 tahun lebih.Ekoran dah tak tahan lagi dengan kesakitan yang saya rasai itu lalu saya pergi ke hospital untuk membuat rawatan selanjutnya,dengan itu saya telah buat temujanji dengan pehak hospital untuk melakukan pembedahan lutut kanan saya terlebih dahulu.

Dengan takdir Ilahi suami saya terbaca mengenai rawatan yang ditawarkan oleh Ustaz Hj Hanafi dalam sebuah majalah tempatan.Tanpa membuang masa lagi saya dengan suami terus bertemu dengan Ustaz Hj Hanafi.Setelah membuat pengesanan penyakit,saya pun terus menjalani rawatan dengannya.Sedangkan pada keesokan harinya saya dijadualkan untuk masuk wad hospital untuk menjalani pembedahan,saya batalkan hasrat pembedahan itu.

Alhamdulillah, setelah saya menjalani beberapa kali rawatan dengan Ustaz kesakitan lutut yang saya alami pun hilang dan kini kesakitan telah pulih sepenuhnya.Saya kini boleh berjalan dan berdiri tanpa rasa sakit lagi.

Fatimah Bt Abdul Rahim

Saya Fatimah Bt Abdul Rahim berumur 32 tahun yang tinggal di Kota Bharu,Kelantan.Masalah saya ialah saya tidak dapat membuat hubungan badan (jimak) dengan suami saya dengan baik dah hampir 3 tahun,bila saya dijimak oleh suami saya ,saya terasa sakit yang amat sangat seperti terkena tusukan pisau yang tajam,bukan itu sahaja bahkan nafsu syahwat saya juga tiada.Sedangkan saya telah berkahwin hampir 10 tahun dan dah ada cahaya mata 3 orang,sebelum ini tidak ada apa-apa pun masalah.

Saya telah berikhtiar mengubat penyakit saya ini melalui berbagai-bagai rawatan moden dan tradisional yang lain,namun kesakitan yang saya alami tidak berkurangan juga sehinggalah saya terjumpa dalam internet Pusat Rawatan Ustaz Hj Hanafi.Saya pun pergi ke Alor Setar untuk bertemu dengannya.Seterusnya saya menjalani rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi.Mengikut kata Ustaz saya terkena perbuatan sihir.

Alhamdulillah setelah menjalani banyak kali rawatan dengan ustaz kini saya pulih sepenuhnya.Tiada lagi kesakitan bila berjimak dengan suami,saya benar-benar bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah menyembuhkan penyakit saya.

Abdul Aziz

Nama saya Abdul Aziz,Saya seorang pesara guru yang tinggal di Alor Star,Kedah.Masalah saya ialah saya tidak boleh bernafas dengan baik,adakalanya seperti nak tercabut nyawa dan juga bila saya menjimak isteri saya tidak dapat sampai (mani tidak boleh keluar ).Saya telah membuat pemeriksaan di Hospital,tetapi pehak Hospital kata saya tiada sebarang masalah jantung dan tiada masalah prostat.Saya jadi hairan dengan masalah saya ini.

Melalui seorang sahabat baik saya dia mengesyorkan saya pergi berjumpa Ustaz Hj Hanafi Hj A.Rashid.Pada keesokan harinya saya pun pergi menemuinya.Ustaz mengatakan saya terkena permainan sihir sesaorang.Saya pun terus menjalani rawatan dengannya.Alhamdulillah kini saya telah pulih sepenuhnya.Terimakasih Ustaz.

Zakiah Bt Abdul Latif

Saya Zakiah Bt Abdul Latif tinggal di Mentakab,Pahang.Saya mengalami masalah berniaga merosot yang amat sangat.Sehinggakan makanan yang saya jual tidak laku,terpaksa saya buang setiap hari.Namun saya tidak berputus asa,saya teruskan juga berniaga.Tetapi tetap tak laku-laku juga,sedangkan sebelum ini makanan yang saya jual habis pada setiap hari.

Bukan itu sahaja masalah yang saya alami,bahkan badan saya terasa terlalu lemah dan rasa malas untuk berniaga,sedangkan sebelum ini saya rajin dan badan tiada masalah. Ekoran dari itu saya telah berusaha untuk menyelesaikan masalah saya ini,berbagai rawatan yang telah saya dapatkan ,namun masalah tetap sama.

Dengan izin Allah s.w.t ada seorang kenalan saya mengesyorkan supaya saya berjumpa dengan Ustaz Hanafi. Tanpa berlengah lagi saya terus pergi menemui Ustaz di Alor Setar.Hasil pengesanan yang Ustaz buat keatas saya ,ustaz mengatakan yang saya terkena perbuatan khianat orang yang hasad dengki dengan saya. Dengan penuh yakin saya terus buat rawatan diri dan ustaz pergi ke rumah saya untuk pulihkan rumah dan kedai saya.

Setelah menjalani rawatan ,Alhamdulillah saya rasa sehat dan perniagaan saya kembali maju . Setelah itu ada seorang pelanggan tetap saya bertanya : ” kenapa awak dah lama tak berniaga ?”. Dengan soalan pelanggan saya itu saya bertanya kepadanya kembali: kenapa bertanya demikian ?, dia menjawab bahawa dia tak nampak saya berniaga dan kedia sentiasa tutup.Masya Allah ! saya kata padanya bahawa saya setiap hari buka kedai,tapi dia kata tak nampak kedai saya buka.Benarlah kata ustaz orang dah buat sihir terhadap saya. Kini saya bersyukur pada Ilahi di atas pertolongan dan rahmatnya.

Puan K

Assalamualaikum semua.Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan saudara/saudari semua tentang masalah yang saya hadapi.Saya seorang wanita yang berkerjaya,cukuplah saya perkenalkan saya sebagai Puan K.Saya tinggal di Kuala Lumpur.Saya telah mengalami masalah seperti berikut:

Saya pernah berkahwin kali pertama pada usia 20an tapi hanya boleh bertahan 7 bulan sahaja.Ini disebabkan suami saya tidak boleh memberi nafkah batin pada saya.Saya pula sering sakit kepala,tiada nafsu syahwat,sesak nafas,seluruh badan rasa sakit-sakit dan rasa benci pada suami tanpa sebab.Oleh kerana itu kami ambil keputusan berpisah dengan baik.Selepas itu saya menjanda selama hampir 10 tahun.Dipendekkan cerita selepas 10 tahun saya bertemu jodoh,saya bertemu jodoh kali kedua.Namun begitu masalah yang sama berulang kembali.Tapi Alhamdulillah suami saya faham dan bersabar dengan masalah yang saya alami.Kami berusaha berubat merata tempat,namun masalah saya tetap sama.Alhamdulillah bila saya melayari internet saya terjumpa laman web rawatan islam yang dijalankan oleh Ustaz Hj Hanafi.Saya pun pergi menemuinya dan menjalankan rawatan.Kini saya sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.

Mohd Badrul

nama saya Mohd Badrul, tinggal di Ampang,Selangor.Masalah saya ialah anak perempuan sulong saya sakit kepala hingga tak boleh mengikuti pelajaran di sekolah.Saya telah bawa menjalani rawatan moden tapi didapati tiada apa-apa penyakit dalam kepalanya.Tapi saya pelik sebab anak saya berasa sakit hingga menangis.Manakala isteri saya pula sakit-sakit dalam badan dan bila memandu rasa mengatuk yang amat sangat.Kami telah berusaha bermacam-macam rawatan tapi belum sembuh juga.Saya cuba mencari dalam internet rawatan alternatif.Saya terjumpa rawatan yang ditawarkan oleh Ustaz Hanafi.Tanpa berlingah lagi saya terus hubungi Ustaz dan buat temujanji dengannya.

Alhamdulillah setelah menjalani beberapa kali rawatan,kini isteri saya dan anak saya sembuh sepenuhnya.Saya rasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah menyembuhkan penyakit isteri dan anak saya.Saya juga berterimakasih dengan Ustaz di atas usahanya itu.

Puan Zuraida

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya Puan Zuraida, seorang guru berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Lenggong, Perak. Saya adalah seorang pesakit yang telah menjalani rawatan bersama Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. A. Rashid, seorang Pengamal Perubatan Secara Islam. Saya telah mengalami pelbagai penyakit misteri berlarutan selama hampir dua tahun. Semua penyakit misteri tersebut datang bertukar-ganti. Antaranya ialah :

  1. Sesak nafas
  2. Sakit dada
  3. Angin menyucuk-nyucuk dalam badan
  4. Perut kembung dan menjadi buncit serta keras seperti bola yang penuh diisi angin
  5. Kencing kotor
  6. Buang air besar berdarah
  7. Gastrik
  8. Tidak boleh menelan makanan dan minuman
  9. Hilang selera makan
  10. Asyik marah-marah
  11. Hilang deria bau
  12. Tidak datang haid selama beberapa bulan
  13. Darah haid berketul-ketul seperti hati ayam
  14. Hidung sering tersumbat
  15. Tekak rasa berkahak
  16. Lebam-lebam pada anggota badan terjadi semasa tidur dan akan hilang dalam beberapa hari
  17. Kepala selalu berasa sakit dan pening secara tiba-tiba
  18. Tapak kaki sering sakit sehingga sukar berjalan
  19. Kaki terasa berat sewaktu bangun dari tidur
  20. Selalu tersedak hingga sesak nafas ketika sedang tidur
  21. Tidur diganggu dengan mimpi digigit oleh binatang
  22. Sakit belakang dan urat belikat seperti memikul benda berat serta tangan sebelah kiri terasa berat dan sukar diangkat
  23. Rasa malas yang bersangatan untuk membuat kerja rumah
  24. Badan rasa tidak bermaya dan lesu
  25. Badan mengeluarkan bau yang tidak enak terutama ketika melakukan hubungan intim dengan suami
  26. Rasa takut yang amat sangat ketika berada di dalam rumah terutama selepas waktu asar hingga isyak dan sentiasa kena berteman
  27. Merasakan ada orang sedang melihat saya di mana saja saya berada
  28. Dada menjadi sakit dan telinga berasa geli sewaktu membaca al-Quran
  29. Rasa bergerak-gerak pada anggota badan termasuk bahagian perut seakan berombak-ombak
  30. Tidak boleh berada di dalam masjid kerana dada akan berasa sakit ketika berada di dalamnya


Pada peringkat awalnya dahulu, saya telah pergi mendapatkan rawatan moden di hospital kerajaan dan swasta. Malangnya semua doktor termasuk doktor pakar di sebuah hospital swasta yang terkenal di Bandar Taiping pun tidak dapat memastikan penyakit sebenar saya.Doktor mengesyaki saya mengalami sakit angin gastrik.Saya juga pernah dimasukkan ke wad kecemasan kerana sesak nafas.
Saya pernah mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta dan setelah dibuat pemeriksaan semula,doktor mengesahkan saya sudah sihat,sedangkan hakikatnya saya masih sakit.Saya mula mengesyaki sesuatu yang tak kena telah terjadi pada diri saya.Bertitik-tolak dari situlah saya mula mendapatkan rawatan alternatif secara Perubatan Islam. Seingat saya, saya telah menjalani rawatan dengan tujuh orang pengamal perubatan secara Islam di merata tempat sebelum ini. Penyakit saya hanya pulih selama beberapa hari sahaja.Selepas itu saya akan sakit kembali.Saya berasa amat sedih dan susah hati.Urusan rumahtangga semakin tidak menentu.Alhamdulillah, suami dan anak-anak memahami masalah saya.

Kemuncak penyakit saya ialah sehingga saya tidak dapat menelan makanan. Setelah saya mengunyah makanan, saya tidak boleh menelannya dan menjadi seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk menelan makanan tersebut. Jika saya paksakan diri untuk menelan juga, saya akan tersedak dan lemas sehingga tidak boleh bernafas. Seterusnya saya akan menjadi penat dan tercungap-cungap. Saya menjadi takut untuk makan walaupun perut sebenarnya berasa sangat lapar dan kerap berbunyi. Berat badan pula semakin menurun. Sehinggalah pada suatu hari,setelah hampir kecewa kerana tidak tahu ke mana lagi hendak berikhtiar berubat,suami saya mencadangkan supaya saya bertemu seorang pengamal perubatan secara Islam yang ditemuinya di internet, iaitu Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. A. Rashid di Alor Setar,Kedah.

Pada masa itu saya memang langsung tidak boleh menelan makanan dan hanya mampu menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa diri.Tanpa membuang masa saya minta suami menelefon Ustaz Hj.Hanafi. Alhamdulillah, ustaz bersetuju menerima kunjungan kami keesokan harinya. Setelah ustaz merawat saya buat kali pertama,barulah saya tahu yang saya sebenarnya telah disihirkan dengan menggunakan khidmat bomoh orang asli oleh seseorang yang saya kenali dan tidak menyangka sama sekali.Ustaz tidak menamakan pelaku sihir tersebut tetapi meminta saya dan suami menunaikan solat istikharah untuk mengetahuinya. Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memberi petunjuk kepada kami.

Ustaz Hj.Hanafi telah datang memagar rumah saya. Setelah rumah saya dipagar dan selepas dirawat, dengan izin Allah s.w.t saya tidak lagi takut untuk tinggal di dalam rumah dan sudah mula boleh membuat kerja rumah seperti biasa.Sehinggalah hari ini, setelah mengikuti beberapa kali sesi rawatan bersama Ustaz Hj.Hanafi, alhamdulillah penyakit saya telah pulih. Syukur kehadrat Allah s.w.t. dan terima kasih yang amat sangat kepada Ustaz Hj.Hanafi yang telah merawat saya.Terima kasih juga kepada isteri ustaz yang sudi melayan kunjungan saya dengan mesra dan amat baik ke rumahnya sepanjang menjalani rawatan. Kini saya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dan boleh makan dengan sempurna. Semua makanan yang dinasihatkan oleh doktor agar jangan dimakan kerana penyakit gastrik dahulu telah saya makan semula.Saya telah mula bersemangat untuk bekerja.

Kepada orang yang telah menyihirkan saya, bertaubatlah sebelum ajal tiba.Kehadrat Allah s.w.t. saya berserah agar saya tidak diganggu lagi dengan sihir seumpamanya ini.

Kepada sesiapa yang mengalami nasib seperti saya, saya syorkan supaya anda datanglah berjumpa dengan Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. A. Rashid di Alor Setar, Kedah. Insyaallah, anda juga akan sihat seperti saya. Semoga Allah s.w.t. memberikan balasan yang setimpal terhadap jasa dan pertolongan ustaz kepada saya dan semua pesakit yang menjalani rawatan bersamanya.Saya doakan ustaz terus dianugerahkan kesihatan yang baik agar dapat membantu pesakit seperti saya yang amat memerlukan bantuan.

Runizan Bin Ahmad

Assalamualaikum semua ! Saya yang bernama Runizan Bin Ahmad tinggal di Gurun,Kedah. Saya telah mengalami berbagai-bagai masalah dan penyakit yang lebih 4 tahun lamanya.Saya telah berubat di berbagai tempat termasuklah cara moden dan tradisional,namun masalah saya tidak juga dapat diatasi.Dipendekkan cerita saya telah bertemu dengan laman web Ustaz Haji Hanafi mengenai rawatan tradisional Islam yang dijalankannya di Alor Setar,Kedah.Tanpa membuang masa saya dan isteri terus pergi berjumpa dengannya.Pada permulaannya Ustaz hanafi membuat pengesanan punca penyakit yang saya alami.Setelah dibuat pengesanan maka Ustaz hanafi telah memaklumkan pada saya bahawa segala masalah dan penyakit yang saya sedang deritai itu adalah berpunca dari perbuatan sihir sesaorang yang khaniat dan hasad dengki dengan saya. Dengan penuh yakin dan berserah diri pada Allah s.w.t saya terus menjalani rawatan diri dengan yang berbahagia Ustaz Hj Hanafi sebanyak 21 kali rawatan serta memulih dan memagar rumah kediaman saya.Alhamdulillah saya bersyukur tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla yang telah memulihkan dan menyembuhkan penyakit dan masalah saya.Saya juga rasa terhutang budi pada Yang Berbahagia Ustaz Hj Hanafi yang telah berusaha keras dalam merawat dan mengubati saya.Kini saya sembuh sepenuhnya.Untuk pengetahuan pembaca semua,selepas saya sembuh saya terus pergi ke Mekah menunaikan ibadah umrah bersama Ustaz Hj hanafi sebagai tanda kesyukuran saya kepada Allah s.w.t. Untuk makluman pembaca semua di sini saya senaraikan beberapa penyakit dan masalah yang telah saya alami itu:

  1. Tekanan darah tinggi naik dengan mendadak
  2. Badan dan anggota tubuh badan saya menjadi lemah,letih dan tidak bermaya,hinggakan saya nak kayuh basikal pun tidak termampu rasanya
  3. Rasa rimas dan tidak tenang bila berada di khalayak ramai.Saya juga rasa nak pitam dan sesah nafas bila berada di tengah ramai,hinggakan saya berasa takut untuk pergi membeli belah serta pergi solat berjamaah dimasjid atau menghadiri majlis-majlis kenduri-kendara
  4. Rasa gelisah dan tidak tenang bila berada dalam rumah sendiri
  5. Rasa benci dan rasa nak marah pada isteri tanpa sebabe
  6. Dada dan pernafasan rasa tidak selesa dan sering keletihan
  7. Rasa malas nak pergi kerja
  8. Hubungan suami/isteri jadi hambar
  9. Dan lain-lain lagi yang tak dapat saya ceritakan di sini
Dengan berkat usaha rawatan Ustaz Hj Hanafi maka semua masalah itu telah dapat diselesaikan.Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah s.w.t yang telah menyembuhkan saya. Sekian dari saya.

Runizan Ahmad,
Bedong,Kedah

Zannatul Fara

Assalamualaikum semua pembaca !
Saya adalah salah seorang pesakit Ustaz Hj Hanafi.Nama saya Zannatul Fara, berumur 25 tahun dan tinggal di Alor Setar,Kedah.
Saya telah mengalami suatu penyakit yang saya sendiri pun tidak dapat nak jelaskan dengan tepat,tapi yang pastinya sakit saya adalah seperti berikut:

  1. Jantung sering berdebar-debar
  2. Kerap batuk yang berpanjangan
  3. Sesak nafas hingga bagaikan hampir nak mati
  4. Seluruh badan berasa letih tidak bermaya yang amat sangat
  5. Perut terasa buncit,ketat dan cekang
  6. Makan banyak dari sepatutnya tetapi berat badan tidak bertambah bahkan semakin kurus
  7. Sering terbau busuk di dalam rumah hingga terpaksa keluar rumah kerana tidak tahan dengan bau busuknya
  8. Fikiran rasa tidak tenteram dan tidak tenang.Jiwa pun rasa kacau

Begitulah serba ringkasnya masalah yang saya alami.Saya telah berusaha dgn berbagai-bagai kaedah rawatan termasuklah dengan kaedah kedoktoran.Tapi yang peliknya pihak kedoktoran menyatakan saya tidak mengalami apa-apa penyakit bahkan sihat. Alhamdulillah saya telah terjumpa laman web Ustaz Hanafi tentang rawatan yang dia sediakan. Dengan penuh tawakkal saya pergi buat rawatan dengannya,beliau menyatakan bahawa saya ini terkena buatan sihir sesaorang.Lalu dengan itu saya terus buat rawatan dengan ustaz sebanyak 21 kali. Syukur Alhamdulillah setelah saya buat rawatan segala masalah saya telah selesai.
Terimakasih banyak-banyak Ustaz yang telah berusaha merawat saya.
Sekian wassalam .

Yang benar
Farah
Alor Setar, Kedah.

Din

Nama saya Din berasal dari Batu Pahat,Johor. Saya menghadapi masalah bahagian kemaluan saya menjadi gatal yang amat sangat serta badan menjadi panas serta hubungan suami/isteri jadi hambar.Saya dah alami masalah ini selama lebih kurang 2 tahun.Dipendekkan cerita saya telah pergi ke Alor Setar,kedah untuk buat rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi.Kini saya telah sembuh….Alhamdulillah.

Mohd Zailan Bin Abdul Rashid

Saya Mohd Zailan Bin Abdul Rashid tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu Teksi Airport KLIA. Saya mengalami penyakit seperti berikut: Rasa letih badan yang bukan kepalang hingga tidak boleh bergerak dan berjalan.Sesak nafas seperti hampir nazak.Makan kuat tapi setelah beberapa minit sahaja perut saya terasa lapar yang amat sangat.Fikiran bercelaru dan tidak boleh memberi tumpuan pada pekerjaan.Saya telah berubat di merata tempat termasuk jugalah hospital dan klinik kerajaan dan swasta.Namun begitu saya masih mengalami sakit yang sama.Akhirnya saya bertemu Ustaz Hj Hanafi untuk buat rawatan dengannya.Kini segala masalah yang saya alami telah pulih 90%. Alhamdulillah.

M.Zailan
Kuala Lumpur

Zulkarnain

Saya zulkarnain suami kepada Yusniza dari Sg.Petani bekas pesakit ustaz. Kini telah hampir satu tahun masa berlalu dari tarikh Isteri saya menjalani rawatan dengan Ustaz.
Sebelum jumpa ustaz keaadaan isteri saya tidak boleh makan dan tidak boleh minum walaupun setitik air. Tetapi Alhamdulillah selepas berubat dengan ustaz isteri saya Assalamualaikum Ustaz dan isteri.Apa khabar.. Lama tak dengar berita….. sekarang dia dah boleh makan dan minum. Berat badan dah bertambah,dah boleh berjalan kesana – sini berbanding sebelum berubat dengan Ustaz dia hanya terbaring saja.Alhamdulillah ustaz , terima kasih banyak2 Yang tidak terhingga buat ustaz dan isteri atas layanan semasa tempoh perubatan….
Keaadaan isteri saya jauh berbeza sekarang ini…. Syukur sangat-sangat.

Maaf ustaz…. Kami lambat beri testomoni ni.Moga-moga menjadi semangat buat pesakit lain setelah membaca testomoni isteri saya ni.
Kepada ustaz,isteri dan puteri…..terima kasih Yang teramat Sangat…..hanya Allah Yang boleh membalas jasa ustaz sekeluarga yang telah membantu kami.
Alhamdulillah ustaz….. Insyaallah tahun ni dapat sambut Ramadan seperti dulu……. Moga ustaz sekeluarga sentiasa dalam rahmatnya…. Amin.

Sekian dari saya dan Isteri:
Zulkarnain & Yuszina
Sungai Petani,Kedah.
15 Mei 2016

Haji Ramlan

Saya Haji Ramlan dan isteri tinggal di Jalan Cheras,Kajang ,Selangor.Saya dan isteri berniaga sendiri. Saya dan isteri telah telah mengalami penyakit seperti berikut; Saya sendiri mengalami batuk yang teruk setiap malam,dada terasa sakit seperti dicucuk-cucuk dengan jarum yang tajam,leher saya terasa gatal yang amat sangat,dada terasa berat dan ketat seperti orang sakit jantung dan sering bila tidur malam saya bermimpi yang pelik-pelik.Saya telah pergi ke Hospital Pakar untuk buat pemeriksaan kesehatan,yang hairannya saya didapati tiada sebarang penyakit. Manakala isteri saya pula mengalami sakit pinggang yang keterlaluan,hampir setiap bulan saya panggil tukang urut untuk mengurut pinggangnya tapi sakitnya tidak berkurang.Selain daripada itu hubungan kami suami isteri jadi dingin dan tiada keinganan langsung diantara satu sama lain.

Setelah lama saya berusaha berubat dengan berbagai kaedah rawatan barulah saya bertemu laman web rawatan yang ditawarkan oleh Ustaz Hj Hanafi.Tanpa berlengah lagi saya terus ke Alor Setar untuk bertemu beliau.Setelah Ustaz Hanafi buat pengesanan penyakit kami berdua,maka Ustaz Hanafi mengkhabarkan kepada kami yang kami berdua terkena perbuatan sihir sesaorang.Tanpa berfikir panjang lagi saya dan isteri terus menjalani rawatan dengan Ustaz Hanafi pada hari tersebut juga.Kami berdua telah menjalani rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi sebanyak 21 kali.Setiap hujung minggu saya dan isteri saya datang ke alor setar untuk buat rawatan.

Selain dari buat rawatan diri kami berdua,Ustaz Hj Hanafi juga datang ke rumah kami untuk pagar rumah dan pejabat saya. Sekarang ini saya dan isteri telah sembuh sepenuhnya….Alhamdulillah. Jutaan terimakasih juga saya ucapkan pada Ustaz Hanafi kerana sudi membantu merawat kami berdua,hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasanya. Sekian dahulu dari saya.Wassalam.

Hj Ramlan
Jln Cheras-Kajang

Siti Balkis

Kecantikan adalah satu aset yang berharga bagi wanita. Apabila meningkat remaja, seorang wanita akan sentiasa berusaha untuk menjadi cantik dan manis dipandang mata. Begitu juga setelah berkahwin dan mempunyai anak, seseorang wanita itu akan cuba mengekalkan kecantikannya yang dianugerahkan olih Allah Subhanawataalla. Saya adalah wanita yang bernasib baik dan berasa syukur kerana dianugerahkan paras rupa yang menarik.

Walau bagaimana pun, anugerah yang diberikan olih Allah kepada saya telah menimbulkan perasaan cemburu dan iri hati dikalangan rakan rakan dan kenalan. Olih kerana mempunyai paras rupa yang menawan dan sedikit cantik jika dibandingkan dengan rakan rakan yang lain maka saya telah melalui detik detik hitam dalam kehidupan saya pada awal 2010 sehingga bulan Februari 2012.

Seorang rakan berasa amat cemburu dan sangat sangat dengki terhadap saya dan telah tergamak mengenakan sihir kepada saya. Muka saya yang dikatakan cantik telah mengalami bintik bintik merah seperti penyakit kulit tetapi tidak rasa sakit atau gatal. Disamping itu, saya berasa letih, malas untuk pergi kerja, suka marah marah dan tidak dapat tidur pada waktu malam. Saya telah berjumpa doktor dan apabila pemeriksaan dibuat dia memberitahu saya tidak sakit. Dia suruh saya banyak berehat.

Saya telah pergi berjumpa bomoh dan juga pengamal rawatan perubatan Islam . Saya diberitahu yang saya telah kena sihir dan dipercayai dibuat olih rakan sekerja kerana iri hati. Walau pun saya menjalankan rawatan dengan bomoh dan juga rawatan perubatan Islam dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak tetapi penyakit berkenaan masih belum sembuh. Segala usaha dan iktiar saya untuk menyembuhkan penyakit ganjil ini masih belum berhasil.

Saya tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mengubati penyakit yang saya alami kerana sihir. Pada suatu hari semasa saya melayari internet untuk mencari rawatan perubatan islam, saya terbaca laman web berkaitan rawatan perubatan Islam olih Ustaz Hanafi diAlor Setar. Saya kemudian menghubungi Ustaz Hj Hanafi untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan rawatan yang dijalankan oleh beliau dan menceritakan penyakit yang saya alami.

Berikutan dengan itu, saya terus ke Alor Setar untuk mendapatkan rawatan. Saya kehendaki menjalani rawatan sebanyak 21 kali. Pada setiap Sabtu dan Ahad, saya akan ditemani oleh suami saya untuk pergi dari kediaman kami di Seremban ke Alor Setar untuk mendapatkan rawatan. Alhamudulillah dengan izin Allah setelah menjalani rawatan, saya rasa saya telah pulih daripada sihir dan penyakit tersebut. Saya berada didalam keadaan sihat walafiat. Paras rupa saya telah kembali seperti sediakala dan saya rasa amat tenang sekali. kini saya telah pulih.

Saya berasa amat bersyukur kepada Allah kerana sembuh daripada kena sihir setelah menjalani perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Hj Hanafi. Alhamdulillah. Saya kini dapat menjalankan kehidupan harian yang normal dan gembira bersama sama keluarga serta dapat menunaikan ibadat dengan tenang.

Sekian wassalam,
Siti Balkis
Seremban,N.S.